SRI INTEGRASI HUFFAZ
Sekolah Rendah Huffaz, Saujana Utama ini ditubuhkan sebagai kesinambungan usaha Kelas Bimbingan Rehal yang telah membuka kelas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA) Di Saujana Utama yang telah beroperasi bermula 2010 dan didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan nombor pendaftaran 14S (5) 1/5, kod sekolah BYA 3080 pada 29 Mei 2012.
Huffaz ditubuhkan pada 13 November 2015, dan telah mula beroperasi pada Januari 2016 dengan menghadkan kemasukan untuk darjah 1 sahaja.
Kini nama Sekolah Rendah Huffaz telah ditukar kepada Sekolah Rendah Islam Integrasi Huffaz.
SRI REHAL
Kelas Bimbingan Rehal atau singkatannya REHAL adalah sebuah pusat pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain telah mula beroperasi pada 31 Mac 2002. REHAL beribu pejabat di Kota Damansara dan mempunyai cawangan di Saujana Utama, Selangor. REHAL menyediakan produk-produk pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain untuk semua peringkat umur dewasa dan kanak-kanak. Pengajaran dan pembelajaran REHAL adalah menggabungkan cara pengajian tradisional (sistem individu) dengan cara pengajian moden (sistematik berkelas).
REHAL dipengerusikan oleh Ustaz Dr. Surul Shahbudin Hassan, seorang penulis, pembentang kertaskerja dan penggiat aktif dalam bidang ilmu-ilmu Al-Quran di universiti-universiti dan masjid-masjid sejak 1999.
Kini nama Kelas Bimbingan Rehal ditukar kepada Sekolah Rendah Islam Rehal.