Hijrah dalam Islam: Pahala, Makna, dan Cabaran

Hijrah dalam Islam
Hijrah dalam Islam: Pahala, Makna, dan Cabaran

Syeikh al-Maraghi berkata: Barangsiapa berhijrah di jalan Allah SWT, iaitu dengan tujuan mencari keredaan-Nya dan untuk menegakkan agamanya sesuai dengan kewajipan bagi dirinya selaras dengan jalan yang dicintai oleh Allah SWT, nescaya akan memperoleh tempat yang memberinya kelepasan di muka bumi ini. Jika mereka yang tadinya berasa tertindas, mereka akan mendapat tempat perlindungan sehingga mereka memperoleh kebaikan dan rezeki yang banyak di samping terselamat daripada penindasan dan kehinaan.


Ayat ini mengandungi janji kepada orang yang berhijrah di jalan Allah SWT bahawa mereka akan memperoleh kemudahan-kemudahan kehidupan yang lebih baik, terlepas daripada penindasan musuh dan mengalahkan musuh. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 3/1326


Berdasarkan kepada nas di atas jelas menunjukkan hijrah mempunyai kedudukan yang mulia dan istimewa dalam Islam. Meneliti sejarah hijrah, terlalu ramai para Rasul melakukan hijrah seperti Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS dan lain-lain. Betapa hebatnya hijrah sehingga Allah menjanjikan dengan syurga berdasarkan nas yang banyak sama ada daripada al-Quran dan Sunnah.


Selain itu juga, Ia menggambarkan kehebatan dan kekuatan umat Islam yang melaksanakan hijrah. Justeru sewajarnya umat Islam memahami erti dan makna hijrah. Mudah-mudahan dengan itu kita dapat menghijrahkan diri kita dalam usaha untuk menggapai mardhatillah. (Lihat Fiqh al-Hijrah, hlm. 19)


DAPATKAN KOLEKSI BUKU YANG DIKARANG OLEH DR SURUL SHAHBUDIN. ILMU TAJWID, TALAQQI, TEKNIK HAFAZAN JUZ AMMA, DAN TUNAS MUSLIM PANDUAN ASAS IBADAH. KLIK PAUTAN BERIKUT.


Buku Dr. Surul »