Bulan Muharram adalah bulan yang dinanti-nantikan kerana adanya Hari 'Asyura. Besar ganjarannya bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut.
Menurut hadis Rasulullah SAW, bulan Muharram juga termasuk di antara bulan-bulan haram selain bulan Zulkaedah, Zulhijjah, dan Rejab. Mulianya bulan Muharram ini juga kerana dikenal sebagai bulan haram, yakni umat Islam diharamkan untuk berperang sepanjang bulan yang mulia dan terhormat ini.
Rasululllah s.a.w bersabda, "Dalam setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan juga Syaaban." HR Bukhari (184)
Jadi apa kelebihan puasa sunat pada Hari 'Asyura? Diriwayatkan daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, "Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya." HR Ibn Majah (1738)
🌐 Laman web kami:
https://huffaz.com.my (SRII Huffaz)
https://www.rehal.edu.my (SRI Rehal)
📞 Untuk pertanyaan berkaitan sekolah, boleh hubungi:
http://www.wasap.my/+60163302017 (SRII Huffaz)
http://www.wasap.my/+60163302018 (SRI Rehal)