Hadiah Dalam Islam

hadiah dalam islam
PPT 2023 HUFFAZ

Adab dalam memberi hadiah:


1. Tidak boleh mengambil kembali hadiah yang diberikan kepada orang lain.


2. Boleh mengambil kembali hadiah yang sudah diberikan kerana alasan yang bersesuaian dengan syariat seperti curiga bahawa barang itu haram.


3. Hendaklah mengutamakan dalam memberi hadiah adalah keluarga yang terdekat, kaum keluarga seperti orang tua sebelah ibu dan bapa dan orang seperti mereka.


4. Ikhlas. Pemberian sedekah dan hadiah hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. tanpa mengharapkan balasan daripada makhluk dalam bentuk pujian mahupun wang ringgit.


5. Tidak mengungkit barang yang telah kita berikan.Sekiranya kita mengungkit barang yang telah kita keluarkan, akan terhapuslah ganjaran pahala yang kita perolehi.


6. Seseorang yang memberi hadiah tidak boleh merasa sedih apabila hadiahnya ditolak, dan hendaknya dia memahami alasan orang yang menolaknya. Atau tidak boleh merasa berduka, selama alasannya jelas.


🌐 Laman web kami:
https://huffaz.com.my (SRII Huffaz)
https://www.rehal.edu.my (SRI Rehal)


📞 Untuk pertanyaan berkaitan sekolah, boleh hubungi:
http://www.wasap.my/+60163302017 (SRII Huffaz)
http://www.wasap.my/+60163302018 (SRI Rehal)