Kerja-kerja menambahbaik bangunan sekolah bagi tahun 2019

Alhamdulillah kerja-kerja penambaikan bagi menyambut sesi persekolahan 2019 sedang giat dijalankan. Antara kerja yg terlibat adalah:

  1. Membaik pulih partition bilik kelas yg rosak.
  2. Mengecat semula semua ruang dalam dan luar bangunan.
  3. Memasang karpet baru bagi menggantikan karpet yangg sudah uzur.
  4. Mengganti unit-unit penghawa dingin yang sudah terlalu lama beroperasi.
  5. Menambah kerusi dan meja murid bagi kelas baru tahun 1.
  6. Membeli set meja dan kerusi guru bagi kelas-kelas.
  7. Mengantikan beberapa unit komputer yang sudah ketinggalan zaman.

Semoga usaha kami ini dapat memberi keselesaan kepada murid terutamanya dari bagi sesi pembelajaran, solat berjemaah, makan bersama dan aktiviti berkumpulan.

47684460_2187275318257101_4513175398690848768_n 47685381_10217542645587841_633508981830057984_n 47687243_2187275491590417_8527569927400325120_n 48041650_2187275548257078_1303285681119821824_n 48207198_2187275464923753_3281718286772862976_n 48259046_2187275518257081_4443048581431033856_n 48368145_2187275234923776_7185741557658550272_n

Jom Sertai PCS – Program Cuti Sekolah

Jom isi Cuti Sekolah anak! Program cuti sekolah (PCS) anjuran Rehal Resources diatur bagi memberi penekanan kepada Hafazan, Al-Quran Bertajwid & Solat. Tujuannya adalah untuk membantu anak-anak supaya lebih mudah mempelajari hukum tajwid secara praktikal, dapat membaca al-Quran dengan betul dan dapat menghafal dengan baik. Ia juga adalah program yg…

Continue reading

Makluman Cuti Umum, Penilaian Semester 2, Pendaftaran Semula dan Cuti Akhir Tahun

Bismillah. Assalamu’alaikum. Adalah dimaklumkan bahawa : 3/11/2018(Sabtu) – 7/11/2018(Rabu) : Cuti Umum Deepavali 20/11/2018(Selasa) : Cuti Umum Maulidur Rasul 24/11/2018(Sabtu) – 1/1/2019(Selasa) : Cuti Akhir Tahun Persekolahan Penilaian Semester 2 Sekolah Rendah Huffaz akan dilaksanakan : 12/11/2018(Isnin) – 16/11/2018(Jumaat)  untuk Minggu Pertama 19/11/2018(Isnin) dan 21/11/2018(Rabu) untuk Minggu Kedua Semak jadual…

Continue reading

Pendaftaran Semula Sekolah Rendah Huffaz Tahun 2019

Bismillah. Assalamu’alaikum wbt. Adalah dimaklumkan pendaftaran semula bagi murid Sekolah Rendah Huffaz sedia ada, dibuka sekarang. Ibu bapa / Penjaga diminta mengisi borang yang dilampirkan dan hantar ke sekolah selewat-lewatnya pada 5 November 2018 (Isnin) bagi tujuan pengesahan. Sebarang maklum balas boleh menghubungi pihak sekolah. Sekian. Terima kasih. Wassalam.

Continue reading