Zakat

Sukacita dimaklumkan Sek Ren Huffaz kini adalah Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor (LZS) yg sah bagi mengutip zakat di Selangor dan mengagihkannya semula.

Sebagai Penolong Amil yg baru dilantik, Sek Ren Huffaz kini dalam usaha mencari syarikat atau individu yg belum lagi membuat potongan zakat diri/pekerja mereka dengan LZS. Pihak syarikat boleh membayarkan Zakat secara potongan gaji bulanan buat pekerja mereka melalui kami. Individu pula boleh menunaikan kewajiban berzakat yg merupakan rukun Islam kita yg ke-4 melalui kami.

Semua jenis zakat boleh dibayar melalui Sek Rendah Huffaz dgn separuh daripadanya akan diagihkan semula utk pengurusan dan pembangunan sekolah dan sebahagian lagi diserahkan kpd LZS. Bukti pembayaran yg dikeluarkan adalah 100% Resit LZS yg sah digunakan utk tujuan rebet cukai LHDN dan SSM.

Pembayaran Zakat melalui Sek Ren Huffaz selain dapat menyempurnakan tuntutan berzakat yg wajib ke atas diri sendiri. Tuan puan juga dapat membantu pembangunan sekolah secara khususnya dan pembangunan umat Islam secara keseluruhannya.

Hubungi:
http://www.wasap.my/60163302019/Zakat

#ZakatSuatuKewajiban
#AmilZakatHuffaz
#DrSurulpengerusiHuffaz
photo_2018-03-30_12-11-22

Comments are closed