Prahuffaz

PENDAHULUAN
Prahuffaz ditubuhkan sebagai langkah persedian untuk kanak-kanak berusia 6 tahun sebelum mereka masuk ke peringkat sekolah rendah di Sekolah Rendah Huffaz.

MATLAMAT PENUBUHAN
Penubuhan Prahuffaz, Saujana Utama mengambil kira perkembangan ini dengan memberi tumpuan terhadap kerja-kerja berikut:-
-Melahirkan murid yang mampu menguasai kemahiran 6M iaitu mengeja, menulis, membaca, mengira, mengaji dan menghafaz sebelum memasuki sekolah rendah.
-Menggalakkan murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi supaya murid tidak kekok menggunakannya pada bila-bila masa.
-Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.
-Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
-Membentuk dan melaksanakan satu proses pendidikan yang menghayati nilai-nilai Islam baik dalam pembentukan akhlak ataupun suasana pembelajaran.
-Melahirkan generasi huffaz yang lebih ramai terutamanya penerapan hafazan al-Quran dari peringkat kanak-kanak

OBJEKTIF PENUBUHAN
Objektif penubuhan Prahuffaz, Saujana Utama adalah untuk melahirkan:-
-Murid yang dapat mengeja, menulis, membaca, mengira, mengaji dan menghafaz surah pendek di dalam Al-Quran sebelum memasuki sekolah rendah.
-Murid yang dapat berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pada bila-bila masa.
-Murid yang dapat mengamalkan amalan kehidupan islam dan dapat membentuk peribadi yang mulia.
-Murid yang kreatif dan inovatif.
-Murid yang dapat mengembangkan kemahiran psikomotor.

VISI DAN MISI
Visi
-Menghasilkan murid yang produktif, di samping dapat menerapkan ilmu dan amalan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di peringkat awal kanak-kanak.
Misi
-Memperkasakan potensi murid dalam menguasai kemahiran 6M dan mempraktikan amalan kehidupan islam yang sebenar.

ALAMAT PRAHUFFAZ
No. 54 Jalan Bidara 6/3, Saujana Utama 3,
47000 Sungai Buluh, Selangor.
No. Telefon  : 03 6734 0258
No. whatapps   : 016 3302017
Email    : srhuffaz@gmail.com

TEMPOH MASA PERSEKOLAHAN
-Tempoh masa dwi-sesi persekolahan adalah Sesi 1: 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari, Sesi 2: 12.00 tengahari hingga 5.00petang.
-Hari persekolahan ialah dari Isnin hingga Jumaat.

SUKATAN PELAJARAN
-Kurikulum yang dibuat adalah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan telah diolah mengikut kesesuaian.
-Mata pelajaran teras di Prahuffaz adalah seperti berikut:-
•Bahasa Melayu
•Bahasa Inggeris
•Matematik Awal
•Aktiviti Luar
•Pendidikan Agama Islam
•Jawi
•Quran/ Talaqqi (m/s 1-27)
•Hafazan (Surah Al-Fatihah-An-Naba)*mengikut kemampuan murid
•Ibadah, Akhlak, Sirah, Akidah
•Sains Awal
•Seni

Buku murid:-
Keluaran Bestari Karangkraf:
•Siri Buku Aktiviti Prasekolah Jawi (Buku 1 6 Tahun)-RM 6.90
•Siri Buku Aktiviti Prasekolah Inggeris (Buku 1 6 Tahun)-Rm 6.90
•Siri Buku Aktiviti Prasekolah Inggeris (Buku 2 6 Tahun)-RM 6.90
•Siri Buku Aktiviti Prasekolah Matematik Awal (Buku 1 6 tahun)-RM 6.90
•Siri Buku Aktiviti Prasekolah Matematik Awal (Buku 2 6 tahun)-RM 6.90
•Siri Buku Aktiviti Prasekolah Sains Awal (Buku 1 6 Tahun)-RM 6.90
•Siri Buku Aktiviti Prasekolah Sains Awal (Buku 2 6 Tahun)-RM 6.90
•Siri Buku Aktiviti Pendidikn Islam (6 Tahun)-RM 6.90
•Siri Buku Aktiviti Prasekolah Jawi (6 Tahun)-RM 6.90
•Siri Buku Aktiviti Prasekolah Bahasa Melayu (Buku 1 6 Tahun)-RM 6.90
•Siri Buku Aktiviti Prasekolah Bahasa Melayu (Buku 2 6 Tahun)-Rm 6.90
•Talaqqi Dr Surul – Rm12.00

LESSON PLAN (BY WEEK-THEMATIC)

Week 1: Orientation
Week 2: About Me
Week 3: My Body
Week 4: My Family
Week 5: New Year Festival
Week 6: My School
Week 7: My Friend
Week 8: My Neighbour
Week 9: Personal Hygiene
Week 10: Own Safety
Week 11: My House
Week 12: Emotion
Week 13: Food
Week 14: Water
Week 15: Sand
Week 16: Clothing and accessories
Week 17: Tools
Week 18: Land Vehicles
Week 19: Air Vehicles
Week 20: Water Vehicles
Week 21: Public Facilities
Week 22: Tame Animals
Week 23: Wild Animals
Week 24: Water Animals
Week 25: Insects
Week 26: Plants
Week 27: Vegetables
Week 28: Fruits
Week 29: Flowers
Week 30: Save Our Earth
Week 31: Independence Day
Week 32: Hari raya Aidilfitri
Week 33: Weathers
Week 34: Uniform Unit
Week 35: Non-uniform Unit
Week 36: Construction
Week 37: Song & Music Traditional
Week 38: Arts & Crafts
Week 39: Deepavali Day
Week 40: Games
Week 41: Graduation
Week 42: Transition

KELAYAKAN MASUK PRAHUFFAZ, SAUJANA UTAMA
-Kemasukan bagi tahun 2020 terhad kepada kanak-kanak yang berusia 6 tahun sahaja.

YURAN  TAHUNAN
Pendaftaran: RM 150.00
Yuran tahunan (kurikulum): RM 350.00
Yuran tahunan (kokurikulum): RM 250.00
Utiliti (tahunan): RM 200.00
JUMLAH: RM 950.00
*perlu dibayar pada awal tahun

YURAN PENGAJIAN 1 SESI (8.00 A.M-12.00 P.M)
RM 250 x 11 bulan (termasuk 1x makan)
*perlu dibayar pada awal bulan

YURAN PENGAJIAN 2 SESI (8.00 A.M-5.00 P.M)
RM 400 x 11 bulan (termasuk 2x makan)
*perlu dibayar pada awal bulan

PAKAIAN SERAGAM
Lelaki
•Berkopiah putih
•Baju sukan sekolah
•Berkasut dan stoking hitam.
Perempuan
•Bertudung Putih
•Baju sukan sekolah
•Berkasut dan stoking hitam.

PENDAFTARAN
https://bit.ly/2OA6Kph

Comments are closed.