Kandungan

Kurikulum SRH disusun menepati Kementerian Pelajaran Malaysia (KSSR/KPM) yang melayakkan murid menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) untuk kelayakkan mengambil Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA). SRH Saujana Utama juga menerapkan manhaj Tarbiah, metod Pentaksiran dan aktiviti Kokurikulum murid yang berpandukan amalan pusat-pusat pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH). Berikut disimpulkan kandungan kurikulum dan kokurikulum Sekolah Rendah HUFFAZ (SRH), Saujana Utama:

A.) Kurikulum HUFFAZ (hafazan al-Quran)
Asas Al-Quran (buku Talaqqi)
Hafazan (3 juz setiap tahun dgn target 9 ke 15 juz sepanjang di sekolah rendah)

B.) Kurikulum Dinniah 

Jawi, Aqidah, Akhlak, Fiqh, Sirah, Bahasa Arab

C.) Manhaj Tarbiyah Murid (Musleh)
Usrah, Qiamullail, Puasa Sunat, Tazkirah, Mat’hurat

D.) Pentaksiran Holistik (SPPIM)
SPPIM ialah pentaksiran holistic yang merangkumi aspek- aspek tertentu murid seperti: kurikulum, solat, budi bahasa, amanah, kekeluargaan dan pemuliharaan yang dipraktikkan di rangkaian sekolah-sekolah Musleh.

E.) Kurikulum KSSR Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik, Dunia Sains Dan Teknologi
Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan.

F.) UPKK & PSRA (Tahun 5 & 6)
UPKK adalah penilaian anjuran JAKIM dgn Grade A, B, C dan D meliputi subjek Al-Quran, Sirah, Adab, Amali Solat, Ulum Syariah, Jawi & Khat, Bahasa Arab, Cara Hidup Islam.
PSRA adalah penilaian anjuran JAIS dgn Grade: Mumtaz, Jayyid Jiddan, Jayyid, Maqbul dan Musaadah meliputi: Al-Quran, Hafazan, Sirah, Akhlaq, Feqah, Tauhid, Tajwid, Fardhu ‘Ain, Jawi, Imla’ & Khat, Bahasa Arab.

Comments are closed