Objektif

SRH Saujana Utama ditubuhkan untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang mengutamakan penerapan hafazan al-Quran dari peringkat umur sekolah rendah lagi, disamping pendidikan yang menggabungkan ilmu naqli (Ilmu Syariah) dan ilmu aqli (Ilmu yang diasaskan oleh pemikiran manusia). Antara objektif penubuhan Sekolah Rendah HUFFAZ, Rehal Saujana Utama ialah:
– Menyediakan anak-anak yang mampu menghafaz 5 hingga 15 juz al-Quran di peringkat umur sekolah rendah lagi.
– Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang menepati kehendak kurikulum KSSR Kementerian Pelajaran Malaysia.
– Mengembangkan potensi murid dari segi intelek, rohani dan jasmani sesuai dengan perkembangan murid yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.
– Melahirkan murid yang menghayati nilai-nilai murni ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu, progresif dan harmonis.
– Membina dan menyemai roh cintakan al-Quran, ilmu dan amal.

Comments are closed