Makluman : Kad Laporan Hafazan Murid

Bismillah.
Assalamu’alaikum wbt.

Susulan Hari Laporan (“Report Day“) baru-baru ini, murid didapati ketinggalan dalam mencapai sasaran hafazan. Sehubungan itu, pihak pengurusan sekolah akan melaksanakan sistem pemantauan hafazan murid di rumah.

Murid akan dibekalkan kad laporan hafazan yang perlu diperiksa dan ditandatangani ibubapa. Kad tersebut akan menyatakan ayat atau surah yang perlu dihafaz oleh murid di rumah. Kemudian pada keesokan harinya, murid perlu menunjukkan kepada guru hafazan apa yang telah dipersiapkan oleh murid di rumah.

Diharapkan cara ini akan dapat membantu murid mencapai sasaran hafazan mereka sekaligus memanfaatkan waktu lapang murid di rumah.

Sekian terima kasih.
Wassalam.
surat kad hafazan

Comments are closed