Bismillah.
Assalamu’alaikum wbt.
Adalah dimaklumkan Hari Laporan Prestasi Semester 2 Sekolah Rendah Huffaz dan Penilaian Tahap (TAFA) seperti berikut :
Tarikh : 24 November 2017 (Jumaat)
Masa : 8.30pagi hingga 5.30petang (Rehat : 12.30 – 2.30petang)
Tempat: Sekolah Rendah Huffaz
Tuan/Puan/Penjaga dijemput hadir untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak dan dapat terus bertanya kepada guru-guru. Pastikan yuran bulanan telah dibayar sehingga November 2017 bagi membolehkan “Keputusan Prestasi” anak dapat diserahkan dan disemak di portal e-Waris.
Tuan/Puan/Penjaga dibenarkan membawa pulang anak setelah selesai pertemuan dengan guru-guru kami.