Program Cuti Sekolah Disember 2017

Bismillah.
Assalamu’alaikum wbt.

Pihak pengurusan sekolah akan mengadakan Program Cuti Sekolah (PCS) untuk anak-anak berumur 6 hingga 15 tahun selama 3 minggu (14 hari), bersempena cuti persekolahan pada bulan Disember ini.

PCS kali ini memberikan penekanan kepada Hafazan, Al-Quran Bertajwid & Solat. Tujuannya adalah untuk membantu anak-anak supaya lebih mudah mempelajari hukum tajwid secara praktikal, dapat membaca al-Quran dengan betul dan dapat menghafal dengan baik. Ia juga disusun supaya dapat membantu anak-anak menperbaiki solatnya, bacaan dalam solat sekaligus memahami maksudnya. Berikut ialah maklumat:

Tarikh/Hari: 3 minggu / 14 hari, dari 4 hingga 22 Disember 2017 (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat) kecuali cuti umum.
Masa: 08.00pagi – 06.00petang (siang tanpa bermalam dan ibu bapa/penjaga dikehendaki menghantar & mengambil anak)
Tempat: Sekolah Rendah Huffaz (Saujan Utama) atau Kelas Bimbingan Rehal (Kota Damansara)
Peserta: Terbuka kepada anak-anak berumur 6 hingga 15 tahun (pada 2017).

Yuran:
Minggu 1: 4-8 Dis (5hari) Rm100
Minggu 2: 12-15 Dis (4hari) Rm80
Minggu 3: 18-22 Dis (5hari) Rm100
Pakej 3 Minggu Rm250
*Makanan disediakan 2 kali sehari dan Sijil diberi kepada peserta pakej 3 minggu sahaja
*Yuran Harian tidak dibenarkan.

Cara Penyertaan:
Langkah 1 : Buat bayaran RM80 / RM100 / RM250 ke salah satu akaun: –
CIMB – 8600539203 – REHAL SURUR RESOURCES
Maybank – 562759105681 – KELAS BIMBINGAN REHAL

Langkah 2 : Whatsapp ke 0163302019 atau EMAIL maklumat penyertaan slip bank ke kelasrehal@yahoo.com dengan menyatakan:

Kod Program: PCS Dis 17
Tempat Kursus: REHAL KD atau HUFFAZ SU.
Nama Peserta:
Tarikh Pakej:
Umur:
No.Hp. dan Nama Penjaga:

WhatsApp: http://www.wasap.my/60163302019/PCSdis17

atau layari: http://rehalresources.com/

psc-DIS-2017

Comments are closed.