Waktu Persekolahan Semasa Bulan Ramadhan & Cuti Aidilfitri

Bismillah.
Assalamu’alaikum wbt.

Semasa Ramadhan dimaklumkan waktu persekolahan Sek Ren Huffaz ialah:
Isnin – Jumaat : 8.30pg – 5.00ptg

Sepanjang bulan Ramadhan, pihak sekolah tidak menyediakan makan tengahari dan yuran makan RM70.00 tidak perlu dibayar untuk bulan Jun.

Waktu persekolahan kelas TAFA adalah:
Isnin – Jumaat : 8.30pg – 10.30pg (TAFA Sesi Pagi) & 2.00ptg – 5.00ptg (TAFA Sesi Petang)

Ibu bapa/penjaga pelajar Sek Ren Huffaz dan TAFA Sesi Petang diminta mengambil anak pada jam 5.00ptg sebelum Sek Ren Huffaz ditutup.

Waktu pengajian kelas AWAM ialah:
Isnin – Jumaat : 8.30pg – 5.30ptg

Waktu operasi Pejabat adalah:
Isnin – Jumaat : 8.30pg – 5.30ptg
Sabtu                 : 9.00pg – 1.00ptg (pertanyaan, pembayaran yuran & penjualan produk sahaja)

Sek Ren Huffaz dan pejabat akan ditutup dan bercuti:
1) Sempena Nuzul Quran pada Isnin, 12 jun 2017.
2) Sempena Aidilfitri bermula Jumaat, 23 Jun 2017 hingga Ahad, 2 Julai 2017. Sesi persekolahan akan bermula seperti biasa pada Isnin, 3 Julai 2017.

Warga Huffaz mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan “Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri“.

Sekian. Terima kasih.
Wassalamu’alaikum wbt.
PEKELILING-WAKTU-OPERASI-BULAN-RAMADHAN-SEK-REN-HUFFAZ

Comments are closed.