Rombongan ke Putrajaya

Bismillah.
Assalamu’alaikum wbt.

Alhamdulillah, pada  Sabtu, 6 Mei 2017 lepas para pelajar berkesempatan mengadakan lawatan ke Putrajaya. Lokasi-lokasi yang mereka lawati ialah Cruise Tasik Putrajaya, Taman Wetland dan Masjid Putra.

Semasa berada di dalam feri Cruise, para pelajar diberi penerangan oleh crew bertugas tentang beberapa tempat penting yang ada di sekitar tasik yang sedang mereka lalui seperti Pejabat Perdana Menteri, Masjid Putra dan lain-lain.

Di Wetland pula, mereka didedahkan dengan habitat haiwan yang mendiami kawasan tersebut seperti bangau dan angsa Mesir. Selain itu, mereka berkunjung ke Pusat Penghayatan Alam, Taman Wetland yang mempunyai penerangan dan replika yang berkaitan dengan alam.

Setelah selesai, mereka berkunjung  ke Masjid Putra untuk melaksanakan solat Zuhur dan disambung dengan aktiviti mewarna di situ.

Semoga lawatan ini memberi ilmu dan pengalaman buat pelajar dalam menghayati alam dan hubungannya dengan Pencipta.

Nota: Klik pada imej untuk paparan imej lebih besar.

Terima kasih.
Wassalam.

Comments are closed.