Perhimpunan kali ini : Kenali Rukun Negara

Bismillah.
Assalamu’alaikum wbt.

Alhamdulillah, perhimpunan mingguan kali ini pelajar SR Huffaz diperkenalkan dengan Rukun Negara dan berikrar dengannya. Ikrar dipimpin oleh adik Muhammad Mujahid Amilin (2 Abu Bakar)

Perisytiharan

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Semoga para pelajar beroleh manfaat seterusnya menjadi warganegara yang taat setia, berdisplin dan bersatu padu selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Rujukan:
1) http://www.penerangan.gov.my/dmdocuments/membudayakan_rukun_negara/mobile/index.html#p=27
2) https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara
3) https://books.google.com/books?isbn=9833376002

photo_2017-05-05_23-07-49

Comments are closed.