Sambutan Hari Kemerdekaan

Alhamdulillah, acara Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-59 telah berjaya diadakan pada hari Selasa, 30 Ogos 2016 baru-baru ini.

Para pelajar Huffaz dan TAFA (sesi pagi & petang) terlibat dalam acara nyanyian lagu Negaraku, peraduan mewarna dan persembahan kemerdekaan mengikut kelas dan tahap.

Semoga tema Sehati Sejiwa pada Hari Kemerdekaan kali ini dapat memupuk keperibadian yang baik buat para pelajar.

~~~~~~~~~
Pendaftaran Sek Ren Huffaz Darjah 1 & 2 tahun 2017 kini dibuka.
Tarikh tutup pendaftaran dilanjutkan sehingga 18 September, 2016.

Pendaftaran Kelas Awam (Asas Membaca Al-Quran/Al-Quran Bertajwid/ Fardhu ‘Ain) untuk dewasa dan kanak-kanak juga dibuka.

Hubungi:
TEL: 0360388698
WA: 0163302017

Comments are closed.