Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Assalamu’alaikum.

Kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada Rabu, 31 Ogos 2016 ini.

Mari sama-sama kita amati kata-kata seorang panglima tentera Islam bernama Rib’i bin ‘Amir Ats-Tsaqafi r.a. di hadapan pemimpin tentera Parsi bernama Rustam dalam peperangan Qadisiyah yang terjadi semasa zaman pemerintahan khalifah ‘Umar bin Al-Khattab r.a.:

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله، ومن ضيق الدنيا إلى سعتها، ومن جور الاديان إلى عدل الاسلام، فأرسلنا بدينه إلى خلقه لندعوهم إليه، فمن قبل ذلك قبلنا منه ورجعنا عنه، ومن أبى قاتلناه أبدا حتى نفضي إلى موعود الله.

“Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan siapa saja yang Dia kehendaki dari penghambaan terhadap sesama hamba kepada penghambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezhaliman agama-agama kepada keadilan Al-Islam. Maka Dia mengutus kami dengan agama-Nya untuk kami seru mereka kepadanya. Maka barangsiapa yang menerima hal tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalkannya. Tetapi barangsiapa yang enggan, kami akan memeranginya selama-lamanya hingga kami berhasil memperoleh apa yang dijanjikan Allah”

(Rujukan: Al-Bidayah Wa An-Nihayah karya Ibnu Katsir)

Moga kita dapat mengambil semangat/spirit kemerdekaan sebenar sebagaimana ungkapan Rib’i bin ‘Amir Ats;Tsaqafi r.a. tersebut.

~~~~~~~~
Pendaftaran Sek Ren Huffaz Darjah 1 & 2 tahun 2017 kini dibuka.
Tarikh tutup pendaftaran pada 31 Ogos, 2016.

Pendaftaran Kelas Awam (Asas Membaca Al-Quran/Al-Quran Bertajwid/ Fardhu ‘Ain) untuk dewasa dan kanak-kanak juga dibuka.

Hubungi:
TEL: 0360388698
WA: 0163302017
Logo-Merdeka-Hari-Kebangsaan-2016Jalur_Gemilang2

Comments are closed.