PENDAFTARAN TAHUN 2020

66396119_2327275670923731_3413432843408244736_n

Sekolah Rendah HUFFAZ (SRH), Saujana Utama ditubuhkan sebagai kesinambungan usaha Kelas Bimbingan Rehal yang telah membuka Kelas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA) di REHAL, Saujana Utama sejak 2010 sehingga kini.

Ia ditubuhkan untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang mengutamakan penerapan hafazan al-Quran dari peringkat umur sekolah rendah lagi, disamping pendidikan yang menggabungkan ilmu naqli (Ilmu Syariah) dan ilmu aqli (Ilmu yang diasaskan oleh pemikiran manusia).

*VISI
Menjadi Sekolah Rendah yang dapat membentuk murid secara holistik dalam Ilmu dan Akhlak bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah.

*MISI
Menerapkan sistem yang menjurus terus kepada aspek praktikal dalam Ilmu dan Akhlak.

*Antara objektif penubuhan Sekolah Rendah HUFFAZ, Rehal Saujana Utama ialah:
– Menyediakan anak-anak yang mampu menghafaz 5 hingga 15 juz al-Quran di peringkat umur sekolah rendah lagi.
– Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang menepati kehendak kurikulum KSSR Kementerian Pelajaran Malaysia.
– Mengembangkan potensi murid dari segi intelek, rohani dan jasmani sesuai dengan perkembangan murid yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.
– Melahirkan murid yang menghayati nilai-nilai murni ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu, progresif dan harmonis.
– Membina dan menyemai roh cintakan al-Quran, ilmu dan amal.

Pendaftaran
• Pengambilan murid tahun 1, 2, 3, 4, dan 5 bagi tahun 2020 adalah dibuka dengan kelahiran tahun 2012 lelaki dan perempuan.
• Klik pautan (link) berikut untuk mendaftar secara atas talian (online).
• Sila pilih Sekolah Rendah Huffaz.

http://my01.awfatech.com/rehal/sps/edaftar/reg.php

• Hubungi 03-67340258 atau 016-330 2017 untuk bantuan jika perlu.

Comments are closed.