Cara Khatam Al-Quran Dalam Masa 7 Hari

Para Sahabat mengkhatamkan al-Quran dalam 7 hari semudah kata:
” فٓ مِ ي بِ شٓ وْقٍ ”

Diriwayatkan dari Aus bin Huzaifah r.a. (bahawa pernah Nabi saw berada bersama-sama kami pada suatu malam tetapi Nabi saw tidak keluar-keluar sehingga berlalu lewat selepas isya’), Aus berkata:
قلنا : ما أمكثك عنَّا يا رسولَ اللهِ ؟ قال : طرأ عليَّ حزبٌ من القرآنِ ، فأردتُ ألَّا أخرجَ حتَّى أقضيَه ، قال : فسألنا أصحابَ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم حين أصبحنا ، قال : قلنا كيف تُحزِّبون القرآنَ ؟ قالوا : نُحزِّبُه ثلاثَ سوَرٍ ، وخمسَ سوَرٍ ، وسبعَ سوَرٍ ، وتسعَ سوَرٍ ، وإحدَى عشرةَ سورةً ، وثلاثَ عشرةَ سورةً ، وحزبَ المُفصَّلِ من ق حتَّى يختِمَ.

Maksudnya: Kami bertanya Rasulullah saw: apa yang menghalang kamu untuk keluar bersama kami wahai Rasulullah saw? “Rasulullah saw berkata kepada kami: telah sampai waktu untuk aku membaca hizb (bahagian wiridku) dari Qur’an, maka aku tidak mahu keluar sebelum aku menyelesaikannya.
Maka setelah subuhnya, kami pun bertanya kepada para sahabat Rasulullah: bagaimana kamu semua membahagikan bacaan khatam al-Quran itu? Jawab para sahabat: Kami membahagikannya kepada 3 surah, 5 surah, 7 surah, 9 surah, 11 surah, dan wirid mufassal dari surat Qaf hingga khatam (Al-Quran)”.
(Hadith ini Hasan, riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Hadith ini menerangkan tentang pecahan wirid bacaan harian al-Quran yang diamalkan oleh kebanyakan para sahabat r.a.m iaitu membahagikan kepada 7 kumpulan surah supaya dapat dikhatamkan dalam 7 hari. Para ulama memudahkan pembahagian wirid Al-Quran harian Nabi saw di atas dengan rangkai kata: “fami bisyauqin – فمي بشوق” seperti berikut:
– Hari 1 “fa”: membaca surah “al fatihah” hingga akhir “an-nisa”,
– Hari 2 “mim”: dari surah “al maidah” hingga akhir “at-taubah”,
– Hari 3 “ya”: dari surah “yunus” hingga akhir “an-nahl”,
– Hari 4 “ba”: dari surah “bani israil (nama lain bagi surah al isra)” hingga akhir “al furqan”,
– Hari 5 “syin”: dari surah “asy syu’ara” hingga akhir “yaasin”,
– Hari 6 “wau”: dari surah “was-shaffat” hingga akhir “al hujarat”,
– Hari 7 “qaf”: dari surah “qaf” hingga akhir “an-nas”.

Sertai channel Dr. Surul dgn menekan
https://telegram.me/RehalResources

Pendaftaran Sek Ren Huffaz Darjah 1 & 2 tahun 2017 kini dibuka.
Tarikh tutup pendaftaran pada 31 Ogos, 2016.

Pendaftaran Kelas Awam (Asas Al-Quran/Al-Quran Bertajwid/ Fardhu ‘Ain) untuk dewasa dan kanak-kanak juga dibuka.

Hubungi:
TEL: 0360388698
WA: 0163302017
Quran-Reading

Comments are closed.