Sambutan Hari Guru

Alhamdulillah. Hari ini telah diadakan sambutan Hari Guru peringkat Sek Ren Huffaz, KAFA Pagi & KAFA Petang bertempat di cawangan Saujana Utama.

Para pelajar telah membawa pelbagai juadah untuk rakan-rakan dan guru-guru. Ada juga yang membawa hadiah untuk diberikan kepada guru.

Guru Pembina Negara Bangsa adalah tema Hari Guru tahun ini. Sungguh besar jasa guru mendidik anak bangsa. Semoga usaha dan sumbangan guru mendapat keredhaan Ilahi seterusnya antara pemberat timbangan amalan di akhirat kelak.

Pihak kami juga mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat bercuti Pertengahan Tahun kepada para pelajar Sek Ren Huffaz dan KAFA.

Comments are closed.