Waktu Persekolah Sepanjang Ramadhan dan Cuti Aidilfitri

Assalamu’alaikum wbt.

Berikut dimaklumkan:

1. Waktu Persekolahan dari 13 Jun 2016 hingga 1 Julai 2016 sempena bulan Ramadhan seperti berikut:-

Hari & Waktu

Isnin – Jumaat: 08:30am – 04:00pm
Sabtu: 09:00am – 01:00pm
( Dibuka untuk pertanyaan, pembayaran yuran & penjualan produk sahaja)

Ditutup pada Ahad dan cuti umum negeri Selangor (Nuzul Quran: 22/6/2016)

2. Sepanjang bulan Ramadhan pihak sekolah tidak menyediakan makan tengahari, dan yuran makan RM70.00 tidak perlu dibayar bagi bulan Jun.

3. Ibubapa / penjaga murid diminta mengambil anak-anak pada pukul 04:00 petang sebelum REHAL ditutup.

4. Rehal akan ditutup dan bercuti sempena Aidilfitri bermula pada 02 – 10 Julai 2016. Sesi persekolahan akan bermula seperti biasa pada 11 Julai 2016 (Isnin).

Sekian, warga REHAL mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan “Selamat menjalani Ibadah Ramadhan & Selamat Hari Raya AidilFitri”.

Harap maklum dan terima kasih.
Wassalam.
PEKELILING WAKTU PERSEKOLAHAN BULAN RAMADHAN -crop

Comments are closed.