Khatam Al-Quran dalam tempoh ini

Khatamkanlah al-Quran itu dalam 30 hari, 20 hari, 15 hari 10 hari atau 7 hari.

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “اقْرأِ القرآنَ في شَهْرٍ ، قالَ: إنِّي أجدُ قوَّةً ، قالَ: اقرأ في عِشرينَ ، قالَ: إنِّي أجدُ قوَّةً ، قالَ: اقرَأْ في خَمسَ عشرةً ، قالَ: إنِّي أجدُ قوَّةً ، قالَ: اقرَأ في عَشرٍ، قالَ: إنِّي أجِدُ قوَّةً ، قالَ: اقرأْ في سَبعٍ ، ولا تزيدنَّ علَى ذلِكَ”.

Maksudnya: Diriwayatkan dari Abdullah Bin Umar (Allah meredai kedua-duanya), katanya: sabda Rasulullah saw: Bacalah al-Quran (dengan mengkhatamkannya) dalam sebulan. Berkata Abdullah Bin Umar: Aku ada kekuatan (untuk baca lebih banyak), Jawab Nabi saw: Bacalah dalam 20 hari. Berkata Abdullah Bin Umar lagi: Aku mampu lebih dari itu, Nabi saw berkata lagi: Baca (khatamkanlah) dalam 15 hari. Berkata Abdullah Bin Umar lagi: Aku mampu lebih dari itu. Rasulullah saw bersabda: Bacalah (khatamkanlah) dalam 10 hari. Kata Abdullah Bin Umar lagi: Aku mampu lebih dari itu. Rasulullah saw bersabda: Bacalah (khatamkanlah) dalam 7 hari dan jangan lebih lagi dari had itu.
(Hadith ini Sahih riwayat Abu Daud)

Hadith ini menjadi panduan tentang pentingnya mengkhatamkan al-Quran secara berterusan mengikut kadar kemampuan masing-masing. Diriwayatkan bahawa Abdullah Bin Umar berterusan mengkhatamkan al-Quran setiap 7 hari sehingga akhir hayatnya. Dikatakan beliau semakin sukar baginya untuk mengkhatamkan dalam 7 hari ketika usianya semakin lemah tetapi beliau tetap tidak mahu mengurangkan apa yang pernah beliau sebut kpd Nabi saw.

Maka cara yang terbaik adalah mengkhatamkan al-Quran dalam 30 hari. Jika tidak mampu maka khatamkan al-Quran setiap 40 hari atau 2 kali setahun atau setahun sekali kerana ada hadith-hadith yang menyebut kadar-kadar ini, yang akan dikemukakan selepas ini InsyaAllah.

Sertai Channel Dr. Surul untuk mendapatkan info berkaitan bacaan al-Quran, tekan👇🏽
https://telegram.me/RehalResources

Pendaftaran Sek Ren Huffaz Darjah 1 & 2 tahun 2017 kini dibuka.
Tarikh tutup pendaftaran pada 31 Ogos, 2016.

Pendaftaran Kelas Awam (Asas Al-Quran/Al-Quran Bertajwid/ Fardhu ‘Ain) untuk dewasa dan kanak-kanak juga dibuka.

Hubungi:
TEL: 0360388698
WA: 0163302017

Comments are closed.