Jom Sertai PCS – Program Cuti Sekolah


Jom isi Cuti Sekolah anak!

Program cuti sekolah (PCS) anjuran Rehal Resources diatur bagi memberi penekanan kepada Hafazan, Al-Quran Bertajwid & Solat.

Tujuannya adalah untuk membantu anak-anak supaya lebih mudah mempelajari hukum tajwid secara praktikal, dapat membaca al-Quran dengan betul dan dapat menghafal dengan baik. Ia juga adalah program yg akan membantu anak-anak memperbaiki solat, bacaan dalam solat dan memahami maksudnya.

Program ini akan berlangsung selama 12 hari bermula dari 26-29 Nov, 03-06 Dis dan 17-20 Dis 2018 (Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis)

Masa program ialah: 08:00 pagi – 06:00 petang, siang tanpa bermalam. Oleh itu ibubapa dikehendaki menghantar & mengambil anak.

Terbuka kepada:
Murid-murid berumur 6 ke 15 tahun pada 2018.

Yuran:
Minggu 1: 26-29 Nov (4hari) Rm100
Minggu 2: 03-06 Dis (4hari) Rm100
Minggu 3: 17-20 Dis (4hari) Rm100
Pakej 3 Minggu Rm280
*Makanan disediakan 2 kali sehari dan Sijil diberi kepada peserta pakej 3 minggu sahaja
*Yuran Harian tidak dibenarkan

Tempat (pilih 1 sahaja) :
1. REHAL, 4 Jalan Camar 4/3, Seksyen 4, Kota Damansara (Tel: 0361575234)
2. SEK. REN. HUFFAZ, 70 Jalan Bidara 6/3, Saujana Utama (Tel: 0360388698)

Whatsapp: http://www.wasap.my/60163302019/PCS

Daftar online di: https://rehal.onpay.my/order/form/pcs

Comments are closed.