Makluman Cuti Umum, Penilaian Semester 2, Pendaftaran Semula dan Cuti Akhir Tahun

Bismillah. Assalamu’alaikum.

Adalah dimaklumkan bahawa :

3/11/2018(Sabtu) – 7/11/2018(Rabu) : Cuti Umum Deepavali
20/11/2018(Selasa) : Cuti Umum Maulidur Rasul
24/11/2018(Sabtu) – 1/1/2019(Selasa) : Cuti Akhir Tahun Persekolahan

Penilaian Semester 2 Sekolah Rendah Huffaz akan dilaksanakan :
12/11/2018(Isnin) – 16/11/2018(Jumaat)  untuk Minggu Pertama
19/11/2018(Isnin) dan 21/11/2018(Rabu) untuk Minggu Kedua
Semak jadual yang dilampirkan.

Yuran bulanan pelajar hendaklah dijelaskan sehingga bulan November 2018 bagi membolehkan “Keputusan Prestasi” pelajar dapat diserahkan dan disemak di portal e-Waris.

Hari Laporan Penilaian Semester 2 akan diadakan pada 23/11/2018(Jumaat) bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Ibu bapa / Penjaga dijemput hadir bagi mengetahui perkembangan akademik anak/jagaan masing-masing.

Pendaftaran Semula pelajar Sekolah Rendah Huffaz tahun 1, 2, 3 & 4 bagi sesi 2019 juga telah dibuka. Surat pendaftaran semula beserta bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM150 hendaklah dikembalikan dan diserahkan kepada pagawai kewangan kami sebelum 5/11/2018 (Isnin).

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak sekolah.

Sekian. Terima kasih.
Wassalam.
cuti cuti umum dan penilaian semester 2JADUAL PENILAIAN SEMESTER 2 2018 HUFFAZ

Comments are closed.