Makluman Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2018

Bismillah. Assalamu’alaikum wbt.

Adalah dimaklumkan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2018 akan berlangsung dari 8 Oktober 2018 (Isnin) hingga 12 Oktober 2018 (Jumaat) di Sekolah Rendah Agama Saujana Utama, Sungai Buloh.

Berikut ialah maklumat lanjut tentang jadual penilaian:

*Masa berkumpul : 2.10 petang (pada hari-hari penilaian).

Isnin (8/10/2018) : Akhlak/Sirah (2.40 – 4.25 petang)
Selasa (9/10/2018) : Bahasa Arab (2.40 – 4.25 petang)
Rabu (10/10/2018) : Jawi/Imla’/Khat (2.40 – 4.25 petang)
Khamis (11/10/2018) : Tauhid/Feqah (2.40 – 4.25 petang)
Jumaat (12/10/2018) : Tajwid (2.40 – 4.25 petang)

Pihak sekolah tidak menyediakan pengangkutan ke sekolah berkenaan pada hari-hari tersebut.

Murid-murid diminta berpakaian seperti beikut:
Murid lelaki : Baju Melayu putih, sampin hijau, songkok hitam dan berkasut.
Murid perempuan : Baju kurung putih, kain hijau, tudung putih dan berkasut.

Pihak sekolah mengucapkan selamat menjalani PSRA ini dengan baik dan beroleh keputusan yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.
MEMO PSRA 2018

Comments are closed.