Makluman Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2018

Bismillah. Assalamu’alaikum wbt.

Adalah dimaklumkan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2018 akan berlangsung dari 1 Oktober 2018 (Isnin) hingga 4 Oktober 2018 (Khamis) di Sekolah Rendah Agama Saujana Utama, Sungai Buloh.

Berikut ialah maklumat lanjut tentang jadual ujian:

Isnin (1/10/2018) : Ulum Syari’ah (2.30 – 4.00 petang)
Selasa (2/10/2018) : Sirah (2.15 – 3.45 petang) ; Jawi & Khat (4.00 – 5.30 petang)
Rabu (3/10/2018) : Adab 1 (2.30 – 4.00 petang) ; Adab 2 (4.15 – 5.15 petang)
Khamis (4/10/2018) : Lughah Al-Qur’an (2.30 – 4.30 petang)

Pihak sekolah tidak menyediakan pengangkutan ke sekolah berkenaan pada hari-hari tersebut.

Murid-murid diminta berpakaian seperti beikut:
Murid lelaki : Baju Melayu putih, sampin hijau, songkok hitam dan berkasut.
Murid perempuan : Baju kurung putih, kain hijau, tudung putih dan berkasut.

Pihak sekolah mengucapkan selamat menjalani UPKK ini dengan baik dan beroleh keputusan yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.
MEMO UPKK 2018

Comments are closed.