Selamat Menyambut Hari Kebangsaan

Bismillah. Assalamu’alaikum wbt.

Kita bakal menyambut Hari Kebangsaan Malaysia atau Hari Kemerdekaan Malaysia pada Jumaat, 31 Ogos 2018 ini.

Tarikh keramat yang setiap tahun diraikan ini merupakan satu nikmat yang amat besar, wajib disyukuri dan dihayati. Penghayatan terhadap nikmat kemerdekaan ini perlu ditonjolkan bukan setakat dizahirkan melalui perbuatan malah dijiwai berdasarkan landasan syariat yang telah digariskan oleh Allah SWT dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW sebagai satu model yang lengkap dan sempurna.

Kemerdekaan bagi seorang muslim membawa maksud bahawa ia bebas merdeka apabila mengisytiharkan pengabdiannya yang hakiki kepada Allah SWT. Merdekanya manusia daripada syirik kepada hanya mengEsakan Allah SWT. Merdekanya manusia daripada menjadi tawanan hawa nafsu kepada pengabdian kepada Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Zaariyat ayat 56 yang bermaksud: “Tidak aku jadikan Jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku”.

Tema sambutan Hari Kebangsaan Tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku’, yang dipilih bagi meraikan dan mempertingkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita juga dianjurkan mengibarkan bendera Malaysia atau Jalur Gemilang dengan penuh bangga.

Sekian.
Wassalam.

Rujukan : http://www.islam.gov.my/e-khutbah/1114-nikmat-kemerdekaan & https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/454495/putrajaya-lokasi-sambutan-hari-kebangsaan

~~~~~~~~
Pendaftaran Sek Ren Huffaz Darjah 1,2, 3 & 4 tahun 2019 masih dibuka.
Pendaftaran Kelas Awam (Asas Membaca Al-Quran/Al-Quran Bertajwid/ Fardhu ‘Ain) untuk dewasa dan kanak-kanak juga dibuka.

Hubungi:
TEL: 0360388698
WA: 0163302017
LOGO-SAYANGI-MALAYSIAKU

 

Comments are closed.