Makluman Percubaan UPKK 2018

Bismillah. Assalamu’alaikum wbt.

Pihak sekolah  akan mengadakan Peperiksaaan Percubaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2018 bermula pada 14/8/2018 (Selasa) hingga 17/8/2018 (Jumaat). Semua pelajar Tahun 5 diwajibkan mengambil peperiksaan ini sebagai persediaan menghadapi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

Berikut ialah jadual peperiksaan percubaan :

• 14/8/2018 (Selasa) : Ulum Syariah (Aqidah & Ibadah) (Masa : 2.30-4.00 petang)
• 15/8/2018 (Rabu) : Sirah (Masa : 2.30-4.00 petang) ;  Jawi & Khat (Masa : 4.00-5.30 petang)
• 16/8/2018 (Khamis) : Adab Kertas 1 (Masa : 2.30-4.00 petang) ; Adab Kertas 2 (Masa : 4.30-5.30 petang)
• 17/8/2018 (Jumaat) : Lughatul Quran (Masa : 2.30-4.30 petang)

Pelajar diminta memakai pakaian seragam lengkap baju melayu putih dan sampin hijau serta songkok atau kopiah bagi lelaki manakala, baju kurung dan tudung putih serta kain hijau bagi perempuan sepanjang minggu peperiksaan.

Sehubungan dengan itu, para pelajar diminta hadir pada tarikh dan masa dengan berpakaian lengkap seperti yang telah ditetapkan bagi membolehkan ujian ini dapat dilaksanakan dengan lancar.
Harap maklum.
Sekian terima kasih.
Wassalam.
surat pekeliling upkk 2018

Comments are closed.