Makluman Percubaan PSRA 2018

Bismillah. Assalamu’alaikum wbt.

Pihak sekolah  akan mengadakan Peperiksaaan Percubaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2018 bermula pada 10/8/2018 (Jumaat) hingga 17/8/2018 (Jumaat). Semua pelajar Tahun 6 diwajibkan mengambil peperiksaan ini sebagai persediaan menghadapi Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).

Berikut ialah jadual peperiksaan percubaan :

• 10/8/2018 (Jumaat) : Akhlak/Sirah (Masa : 2.40-4.20 petang)
• 14/8/2018 (Selasa) : Bahasa Arab (Masa : 2.40-4.20 petang)
• 15/8/2018 (Rabu) : Jawi/Imlak/Khat (Masa : 2.40-4.20 petang)
• 16/8/2018 (Khamis) : Tauhid/Feqah (Masa : 2.40-4.20 petang)
• 17/8/2018 (Jumaat) : Tajwid (Masa : 2.40-4.20 petang)

Pelajar PSRA juga diberikan cuti sehari pada 13/8/2018 (Isnin) sempena Cuti Tambahan Awal Zulhijjah.

Pelajar diminta memakai pakaian seragam lengkap baju melayu putih dan sampin hijau serta songkok atau kopiah bagi lelaki manakala, baju kurung dan tudung putih serta kain hijau bagi perempuan sepanjang minggu peperiksaan.

Harap maklum.
Sekian terima kasih.
Wassalam.
percubaan PSRA 2018

Comments are closed.