Makluman Cuti Sekolah Sempena Perayaan Deepavali

Bismillah. Assalamu’alaikum. Dimaklumkan Sekolah Rendah Huffaz & TAFA akan bercuti mulai 14/10/2017 (Sabtu) hingga 22/10/2017 (Ahad). Sesi persekolahan akan bermula semula pada 23/10/2017 (Isnin). Kelas Pengajian Awam (ASQU) akan berjalan seperti biasa kecuali pada 18/10/2017 (Rabu) sempena Cuti Umum Deepavali. Sekian terima kasih. Wassalam.

Continue reading

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

Bismillah. Assalamu’alaikum wbt. Surah Al-Ikhlas adalah antara surah-surah pendek yang terdapat pada Juz 30 di dalam Al-Quran. Surah ini merupakan surah yang ke-112 dan  mempunyai 4 ayat. عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فِي لَيْلَةٍ…

Continue reading

Makluman Tentang UPKK : Perubahan Jadual

Bismillah. Assalamu’alaikum. Dimaklumkan UPKK 2017 akan bermula dari 2/10/2017 (Isnin) hingga 5/10/2017 (Jumaat). Terdapat perubahan jadual dari yang asal. Jadual yang baru adalah seperti yang paparkan. Mari kita sama-sama berdoa agar calon-calon dari Sek Ren Huffaz dapat menjawab dengan baik dan betul. Seterusnya beroleh keputusan cemerlang. Makluman tentang perubahan jadual…

Continue reading

Amalan Berpuasa Pada 9 dan 10 Muharram

Bismillah. Assalamu’alaikum. Alhamdulillah, kita masih berada di dalam bulan Muharram 1439H. Di dalam bulan ini terdapat hari `Asyura’ iaitu pada 10 Muharram. Menurut hadis Nabi s.a.w., kita digalakkan berpuasa pada 9 (Hari Tasu`a’) dan 10 Muharram. Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; “Tatkala Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan…

Continue reading

Selamat Menghadapi PSRA

Bismillah. Assalamu’alaikum. Selamat menghadapi Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) kepada calon-calon dari Sek Ren Huffaz yang akan berlangsung mulai 25/9/2017 (Isnin) hingga 29/9/2017 (Jumaat). Kami mendoakan calon-calon dapat menjawap dengan baik dan betul. Seterusnya beroleh keputusan yang cemerlang. Sekian terima kasih. Wassalam.

Continue reading

Selamat Menyambut Awal Muharram 1439H

Bismillah. Assalamu’alaikum wbt. Kesempatan ini, pengurusan dan warga Sekolah Rendah Huffaz mengucapkan selamat bercuti dan menyambut Awal Muharram 1439H. Semoga kita sama-sama beroleh kerahmatan dan keberkatan Allah SWT sepanjang menjalani kehidupan mendatang ini. Ketahui sejarah tentang Awal Muharram di sini. Sekian terima kasih. Wassalam.

Continue reading

Makluman Cuti Awal Muharram 1439H

Bisimillah. Assalamu’alaikum. Adalah dimaklumkan Sekolah Rendah Huffaz akan bercuti sempena Awal Muharram 1439H dengan ketetapan berikut: Tarikh : 22 September 2017 (Jumaat) Ini merujuk kepada kenyataan media oleh Pengarah JAKIM pada 19 Januari 2017. Maklumat lanjut sila klik sini. Operasi pejabat dibuka pada 23 September 2017 (Sabtu) jam 9.00pg hingga…

Continue reading

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Bismillah. Assalamu’alaikum. Tarikh 16hb. September merupakan detik bersejarah bagi mengenang pembentukan Malaysia yang disertai Malaya, Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Kesempatan ini, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia dan selamat bercuti pada 16hb. September 2017 (Sabtu) ini. Terima kasih. Wassalam.

Continue reading

Sambutan Hari Kemerdekaan 2017

Bismillah. Assalamu’alaikum. Dimaklumkan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Sekolah Rendah Huffaz akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh : Jumaat, 8 September 2017 Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengahari (Sesi pagi) 2.30 petang – 5.00 petang (Sesi petang) Terima kasih. Wassalam.

Continue reading

Selamat Bercuti, Hari Kemerdekaan dan Aidil Adha

Bismillah. Assalamu’alaikum. Pihak Sekolah Rendah Huffaz ingin mengucapkan selamat bercuti Penggal Kedua kepada para pelajar dan berharap cuti ini dipenuhi dengan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Sekolah bercuti mulai Sabtu, 26/8/2017 hingga Isnin,4/9/2017. Persekolahan bermula semula pada Selasa, 5/9/2017. Kesempatan ini pihak kami mengucapkan selamat menyambut…

Continue reading