Pendaftaran Sek Ren Huffaz Tahun 2018 kini dibuka…

Pendaftaran Huffaz 2

Assalamu’alaikum wbt.

Pendaftaran Sek. Ren. Huffaz kini adalah dibuka untuk pengambilan Darjah 1, 2 & 3 Tahun 2018.

Inginkan anak anda mula menghafal alQuran di usia 7 tahun?
Inginkan tempat pengajian yang kondusif dan berhawa dingin?
Inginkan sekolah yg ada tahfiz dan akademik?
Inginkan jumlah murid per kelas yg tidak ramai?

Jom daftar dengan kami….

• WAKTU PEMBELAJARAN 8:30 PAGI – 5:30 PTG
• KURIKULUM TAHFIZ
• KURIKULUM KSSR, KPM
• KURIKULUM & KOKURIKULUM
• KELAHIRAN 2011.

*Sila hubungi sekolah untuk UJIAN tahap.

Selain sekolah rendah, Sek Ren Huffaz juga menyediakan:

i. KELAS UPKK & PSRA 2018: Sesi Selepas Persekolahan, untuk umur 11 dan 12 tahun pd 2018, diadakan 5 hari seminggu (Isnin-Jumaat) dari 2.30 – 5.30ptg. Yuran: RM180 sebulan bagi 11 bulan dan Pendaftaran RM530 tahunan dan bayaran pakaian seragam dan buku dibeli berasingan.

ii. KELAS AWAM : ASQU (Asas Al-Quran ) atau TAJQU (Al-Quran Bertajwid) untuk dewasa / kanak-kanak: Pakej 3 hari seminggu: pilih untuk hadir 3 kali seminggu sahaja semasa waktu kami beroperasi: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat dari 8:30pg hingga 1:00tghri dan 2:00ptg hingga 7:00ptg. Yuran: RM150.00 sebulan dan Pendaftaran: RM80.00 dan buku adalah diberi percuma.

Hubungi:
TEL: 0360388698
WA: 0163302017
Klik untuk Pendaftaran Online

Terima kasih.
Wassalam.

Program Cuti Sekolah Disember 2017

Bismillah.
Assalamu’alaikum wbt.

Pihak pengurusan sekolah akan mengadakan Program Cuti Sekolah (PCS) untuk anak-anak berumur 6 hingga 15 tahun selama 3 minggu (14 hari), bersempena cuti persekolahan pada bulan Disember ini.

PCS kali ini memberikan penekanan kepada Hafazan, Al-Quran Bertajwid & Solat. Tujuannya adalah untuk membantu anak-anak supaya lebih mudah mempelajari hukum tajwid secara praktikal, dapat membaca al-Quran dengan betul dan dapat menghafal dengan baik. Ia juga disusun supaya dapat membantu anak-anak menperbaiki solatnya, bacaan dalam solat sekaligus memahami maksudnya. Berikut ialah maklumat:

Tarikh/Hari: 3 minggu / 14 hari, dari 4 hingga 22 Disember 2017 (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat) kecuali cuti umum.
Masa: 08.00pagi – 06.00petang (siang tanpa bermalam dan ibu bapa/penjaga dikehendaki menghantar & mengambil anak)
Tempat: Sekolah Rendah Huffaz (Saujan Utama) atau Kelas Bimbingan Rehal (Kota Damansara)
Peserta: Terbuka kepada anak-anak berumur 6 hingga 15 tahun (pada 2017).

Yuran:
Minggu 1: 4-8 Dis (5hari) Rm100
Minggu 2: 12-15 Dis (4hari) Rm80
Minggu 3: 18-22 Dis (5hari) Rm100
Pakej 3 Minggu Rm250
*Makanan disediakan 2 kali sehari dan Sijil diberi kepada peserta pakej 3 minggu sahaja
*Yuran Harian tidak dibenarkan.

Cara Penyertaan:
Langkah 1 : Buat bayaran RM80 / RM100 / RM250 ke salah satu akaun: –
CIMB – 8600539203 – REHAL SURUR RESOURCES
Maybank – 562759105681 – KELAS BIMBINGAN REHAL

Langkah 2 : Whatsapp ke 0163302019 atau EMAIL maklumat penyertaan slip bank ke kelasrehal@yahoo.com dengan menyatakan:

Kod Program: PCS Dis 17
Tempat Kursus: REHAL KD atau HUFFAZ SU.
Nama Peserta:
Tarikh Pakej:
Umur:
No.Hp. dan Nama Penjaga:

WhatsApp: http://www.wasap.my/60163302019/PCSdis17

atau layari: http://rehalresources.com/

psc-DIS-2017

Keputusan PSRA 2017

Bismillah. Assalamu’alaikum. Dimaklumkan keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) telah keluar dan calon boleh mengetahuinya di papan kenyataan sekolah mulai 16 Nov 2017. Pihak sekolah mengucapkan syabas & tahniah kepada kesemua calon PSRA dari Sekolah Rendah Huffaz dengan pencapaian yang mereka perolehi. Sila berhubung dengan pihak sekolah untuk urusan sijil …

Continue reading

Hari Laporan Prestasi Semester 2

Bismillah. Assalamu’alaikum wbt. Adalah dimaklumkan Hari Laporan Prestasi Semester 2 Sekolah Rendah Huffaz  dan Penilaian Tahap (TAFA) seperti berikut : Tarikh : 24 November 2017 (Jumaat) Masa : 8.30pagi hingga 5.30petang (Rehat : 12.30 – 2.30petang) Tempat: Sekolah Rendah Huffaz Tuan/Puan/Penjaga dijemput hadir untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak dan dapat …

Continue reading

Makluman Penilaian Semester 2

Bismillah. Assalamu’alaikum wbt. 1. Penilaian Semester 2 pelajar Huffaz akan diadakan dari 6-16 November 2017. Jadual boleh disemak di bawah. 2. Pastikan yuran bulanan telah dibayar sehingga November 2017 bagi membolehkan “Keputusan Prestasi” pelajar dapat diserahkan dan disemak di portal e-Waris. 3. Kelas bagi subjek Hafazan, Talaqqi dan Al-Quran berlangsung …

Continue reading

Kalimah Yang Ringan Tapi Berat Timbangan

Bismillah. Assalamu’alaikum wbt. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ Dari Abu Hurairah dia berkata; “Rasulullah SAW telah bersabda: ‘Dua kalimat yang ringan diucapkan tetapi berat timbangannya dan disenangi oleh …

Continue reading

Makluman Cuti Sekolah Sempena Perayaan Deepavali

Bismillah. Assalamu’alaikum. Dimaklumkan Sekolah Rendah Huffaz & TAFA akan bercuti mulai 14/10/2017 (Sabtu) hingga 22/10/2017 (Ahad). Sesi persekolahan akan bermula semula pada 23/10/2017 (Isnin). Kelas Pengajian Awam (ASQU) akan berjalan seperti biasa kecuali pada 18/10/2017 (Rabu) sempena Cuti Umum Deepavali. Sekian terima kasih. Wassalam.

Continue reading

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

Bismillah. Assalamu’alaikum wbt. Surah Al-Ikhlas adalah antara surah-surah pendek yang terdapat pada Juz 30 di dalam Al-Quran. Surah ini merupakan surah yang ke-112 dan  mempunyai 4 ayat. عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فِي لَيْلَةٍ …

Continue reading

Makluman Tentang UPKK : Perubahan Jadual

Bismillah. Assalamu’alaikum. Dimaklumkan UPKK 2017 akan bermula dari 2/10/2017 (Isnin) hingga 5/10/2017 (Jumaat). Terdapat perubahan jadual dari yang asal. Jadual yang baru adalah seperti yang paparkan. Mari kita sama-sama berdoa agar calon-calon dari Sek Ren Huffaz dapat menjawab dengan baik dan betul. Seterusnya beroleh keputusan cemerlang. Makluman tentang perubahan jadual …

Continue reading

Amalan Berpuasa Pada 9 dan 10 Muharram

Bismillah. Assalamu’alaikum. Alhamdulillah, kita masih berada di dalam bulan Muharram 1439H. Di dalam bulan ini terdapat hari `Asyura’ iaitu pada 10 Muharram. Menurut hadis Nabi s.a.w., kita digalakkan berpuasa pada 9 (Hari Tasu`a’) dan 10 Muharram. Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; “Tatkala Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan …

Continue reading